Thursday, October 8, 2009

GENG BAS SEKOLAH OMONG KOSONG



JAKARTA: Ancaman satu kumpulan tidak berdaftar di Indonesia, yang menggelar diri mereka Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) untuk menyerang Malaysia dengan buluh runcing, hari ini, hanyalah cakap-cakap kosong yang tidak akan menjadi kenyataan, menurut Kementerian Luar Indonesia.

Jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Teuku Faizasyah berkata ancaman itu juga tidak masuk akal kerana mustahil bagi mereka yang membawa senjata tajam seperti buluh runcing dapat melepasi kawalan sempadan kedua-dua negara.

click for the hiddent article


“Walaupun ancaman itu tidak mungkin terjadi, kami juga tidak menutup mata dan melakukan langkah-langkah antisipasi seperti berkoordinasi dengan pihak polis Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media sebelum ini kononnya kumpulan Bendera, yang pernah cuba melakukan `sweeping’ mencari rakyat Malaysia di Jakarta untuk dihantar pulang baru-baru ini, akan mengirim 1,500 orang bersenjata buluh runcing untuk menyerang Malaysia, hari ini.


Sambil menganggap kumpulan tidak berdaftar itu terdiri orang yang kecewa dalam hidup dan tidak boleh berfikir dengan waras, beliau berkata media massa tempatan Indonesia juga sudah tidak melaporkan mengenai mereka.

Satu hal yang ingin saya tekankan ialah bahawa aksi-aksi yang mereka lakukan sama sekali tidak menggambarkan sikap masyarakat Indonesia. Jangan diberi ruang, jangan sampai mereka berpeluang memburukkan hubungan baik kedua-dua negara,” katanya.

Sehubungan itu juga, beliau meminta media massa tidak lagi memainkan isu berkenaan sehingga kumpulan itu berasa mendapat publisiti dan sokongan ataupun berasa dipandang sebagai kumpulan serius, sedangkan mereka adalah kumpulan yang tidak jelas kedudukannya.

“Saya juga berharap masyarakat Indonesia dan Malaysia tidak terprovokasi oleh tindakan yang berkemungkinan bertujuan memperkeruh hubungan kedua-dua bangsa ini,” katanya.

Bendera sebelum ini melakukan `sweeping’ kononnya kerana marah terhadap pemerintah Indonesia yang mereka dakwa tidak bertindak tegas ke atas Malaysia berkaitan tuduhan di media massa tempatan kononnya Malaysia mencuri tarian dan kebudayaan Indonesia.

Teuku Faizasyah berkata, selama ini kedua-dua menteri luar Indonesia dan Malaysia sudah bersepakat untuk bersama-sama menangani dengan baik apa juga masalah sensitif yang timbul antara kedua-dua negara. -Bernama


sumber-harian metro




try la click sekali je..n just survey..click kat sini



Komentar :

ada 0 comments ke “GENG BAS SEKOLAH OMONG KOSONG”
x

© 1989-2010 . Powered by R.O.T.S.

kerabatchieko by CHIeKO IeM0cHI