Wednesday, January 13, 2010

BEBERAPA TANDA SEBELUM KITA MENINGGAL

TANDA-TANDA SEBELUM KITA MENINGGAL

" Tanda 100 hari menjelang meninggal "
Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT kepada hambanya dan hanya akan di sedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini hanya saja mereka menyedari atau tidak.....
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar, seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga ke ujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging
tersebut seakan -akan bergetar...
Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehaadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sembarang manfaat...
Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


" Tanda 40 hari "
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu asar, bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas arash ALLAH SWT, maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang masa ...
Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika... Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.. .......


" Tanda 7 hari "
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesaktian dimana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan...


" Tanda 3 hari "
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri, jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.... Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi... Telinganya akan layu dimana bagian ujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam... Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakan...



" Tanda 1 hari "
Akan berlaku sesudah ashar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan
ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu ahsar keesokan harinya....



 " Tanda akhir "
Akan terjadi keadaan dimana kita akan merasakan sejuk dibahagian pusat dan rasa itu akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian Halkum... Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimat SYAHADAH dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula...

SESUNGGUHNYA MENGINGAT MATI ITU ADALAH BIJAK (TAK NAK CAKAP BANYAK, CARI SEJADAH CEPAT)

Tuesday, January 12, 2010

Pak Guard UiTM scukzzz!!




WOI Pak Guard, ko memang spoil mood aku hari ni.
baik aku simpan RM250 tu, buat beli barang barang lain.
Oit guard, dengar ni aku nak cakap sikit!
mahai..aku cukup menyampah dengan pak guard uitm, tak habis-habis cari masalah. Oit pak guard! (sambil tenyeh-tenyeh dahi die) kenapa perbuatan orang lain kau sibuk?
aku tau la merokok tu salah dekat dalam kampus, tapi kau tu pun merokok.. jangan la buat-buat innocent. ingat aku tak tau ke port korang isap rokok?isap pun sorok-sorok kat atas dewan jubli! tau pun takut kantoi..HAHA

Post aku kali ni nak bercerita pasal pagi tadi, kisah dia berlaku time take 5, kelas unit operation, aku n kawan aku lagi 2 orang pergi la charge tenaga sikit kat tandas tingkat 3, block B. n afta smoke tu, kitorang borak-borak la sekejap sebelum masuk kelas, dan-dan la pulak die masuk tandas, n terus amik kotak rokok kat tangan aku. macibai punya pakguard, dah la rokok zaman sekarang mahal, RM6.90! die selamber ambik dan suruh ikut die pergi pejabat pengawal. Dalam hati ni da gusar da.. dengan lambat masuk kelas, dengan mungkin masuk court kena saman nye lagi.. Hati tak tenteram beb! HAHAHA..


So nak jadi kan cerita, da smpai kat situ die cakap kesalahan ni boleh didenda maksimum RM500, dan biasa nya setelah rayuan RM250 melayang, gila apa!! banyak tu weyh!, setelah die ceramah lama-lama (die tak tahu ke telinga aku ni ada highway, masuk kanan laju-laju je keluar ikut kiri) sampai die bosan, dan setelah itu(ayat mengade) die mintak student card kitorang, !aku punya da lama hilang la BRO!!
tapi tak da lah aku cakap macam tu, aku cakap tertinggal kat rumah, die pun SENGAL sangat sampai pergi percaya buat apa.lolx. haha.. pastu yang kawan aku ni merayu la kat die cakap jangan la saman, DIE LA ANAK HARAPAN KELUARGA, AYAH DIE PETANI, DIA 1ST TIME MEROKOK KAT DALAM CAMPUS, TENSION SEBAB TEST PAGI TADI (padahal awal sem mana ada test lagi) , dan macam-macam lagi alasan lain,

Aku nak tergelak pun ada, semua menipu. HAHAHAHA, aku tak pandai bab-bab amik simpati orang, so aku diam je la, n cuma cakap mintak maaf cik. !gila apa aku cakap dengan nada sopan! hahahaha..
Setelah lebih kurang sejam kawan aku muntah kan sume alasan yang ada dalam kepala otak, die cakap die lepas kan kitorang sebab kitorang ni dah final sem, haizz..nak tunjuk baik lah tu.. padahal takut tengok muka aku serius je HAHAHA. n aku pun gerak la masuk ke kelas, tapi sampai-sampai je lecture da tamat. so apa yang aku dapat pergi kelas pagi tadi? haprah pun tarak..
gambar bawah ni aku sedekah kan pada ko! sedekah tu kena ambik, jangan x amik

Sunday, January 10, 2010

How to activate Kaspersky 2010 license using a key file ?



Latest version Kaspersky Antivirus dan Internet Security 2010, tidak membenar kan anda mengaktifkan Kaspersky Antivirus menggunakan license key file i.e. melainkan dengan menggunakan kod pengaktif atau activation code. 2010 Kaspersky Lab Products boleh di aktif kan hanya dengan activation code melalui internet. Jadi, saya tahu perkara ini menjadi susah bagi anda yang mana mempunyai license key yang sudah valid atau pun untuk mengaktif kan Kaspersky Products. Jadi dengan itu, 2010 tidak mempunyai pilihan untuk aktif kan melalui key file .i.e . tapi.! ~ ada satu trick untuk menjahanam kan nya.
Sudah lah,, letih aku guna ayat skima, anda, saya, HAHAHAHA..

Untuk Kaspersky Antivirus Products take it here
click here to download KAV2010

untuk key kaspersky antivirus.- korang download kat bawah ni

click here to download key


Kat sini aku nak tunjukkan Activation Kaspersky 2010 license using key file: korang just perlu ikut satu persatu step atau pun langkah yang aku tunjuk kan kat bawah ni, ikut je tanpa RAGU-RAGU mahu pun rasa WAS-WAS.. =)

PALING PENTING!!! (BEFORE korang START, OFF kan INTERNET CONNECTION korang)
ok now, lets we start.! cheewah..speaking pulak,.HAHAHAHA..

1. Open korang punya Kaspersky 2010 License Manager.

2. Click Activate New License.

3. Select Activate commercial license and enter the activation license code
T1JVS-NNMBD-K1QTN-SUBP8 (beta code).
Atau pun korang boleh guna activation license code yang lain seperti kat bawah sekali post ini. (credit to KAPAR bukan nama sebenar) sebab tolong aku jugak dalam mencari code ni

4. Click Next. Sekarang korang akan nampak dialog box seperti yang dibawah, click Ok on it.








 5. That’s it. Sekarang korang akan nampak pilihan  key file untuk activate korang punya KAV/KIS 2010 product


Korang click Browse dan korang cari key location dalam PC or Laptop korang dan activate product korang dengan senang sekali umpama minum  kola large, kata orang sarawak..hahaha..

- lepas tu korang amik air semayang n solat !tu yang penting..=)
- pastu korang on kan INTERNET CONNECTION korang semula dan update macam biasa,
- Full Scan PC or Laptop korang.
- after dat korang share-share la ilmu ni kepada orang lain, sebab kalau ilmu ni tak di share kan, Allah akan tarik semula ilmu yang kita ada ni.. siyes ni aku cakap.. x tipu..hehe
sekian sekelumit ilmu dari aku.. assalamualaikum.

activation code yang lain
44UEA-CYRAJ-NMAV3-YXX4V
K5PXQ-X1SW6-2RAMR-ZBM2X
25N2Z-QH4Y4-YHNTN-N2U4T
YS8UP-KD46D-JX4YD-ENHF6
33NA4-J34SG-MUV13-JRU6P
7N1UZ-DSXDN-R9XFC-PDQEF
3PRNP-TQXWT-GNR33-PMPTR
E4J6N-1644V-B7KAW-6J6M3
44UE9-UZKTA-AHUF2-VB8ZH
7PEJP-Q2KCG-NPT56-SNZAX
YG5CD-SXU41-JESDZ-6AWA6
3SU15-S4AES-P5XRQ-87AKV
3T6XS-GY8U1-W1JTR-9XAE1
3TK3J-6T1TN-X3XGP-HUZRN
3TZV1-Z5F9W-DXBWX-Q1KDA

Saturday, January 9, 2010

Garena Universal Maphack v.3.1 for warcraft @dota


To all MapHacker lovers,.HaHaHa, The GarenaHack-er has released a Garena Universal Maphack 3.1 which does not modify any Garena files nor it requires any Garena Hack/Crack. This Garena Universal maphack supports Warcraft v1.24c Patch and previous versions. It is currently undetectable in Garena. Check the Download Link & Guide of using this maphack.
support 1.20e, 1.21, 1.22, 1.23, 1.24b, 1.24c




Download Links:
Garena Universal Maphack v3.0.zip <<--link hotfile
Garena Universal Maphack v3.1.zip (stable version)
link hotfile
link media fire


Dekat dalam pun dah ada disertakan sekali cara-cara installation dia, sama je macam yang aku pernah post dulu, yang beza nya, ada penambahan untuk version 1.24c
so 1.24c dah tidak lagi selamat sepenuh nya dari hackers or pencinta map hack.
Guide to use it:
• Download Garena Universal Maphack from the link above.
• Extract it to any folder then start "Garena Universal MH.exe"
• Set your Warcraft 3 Path from the top.
• Then Click "Start Garena Universal Maphack"
• Now run Warcraft 3 using Garena client.
• Here you go!


Notes:
• Use official Garena client, Don't use any Garena Crack/hack to use this maphack.
• If you have any problems or found any bugs please report on this comment section.
• Use this on your own risk, aku x kan betanggungjawab kalau ada apa-apa terjadi terhadap account garena korang 
• Yang paling penting, aku pernah guna maphack ni, n garena tak kesan pun aku. so aku yakin menda ni 100% selamat, melainkan ada orang nak pedajal korang dengan cara amik screen shot replay n post kat forum garena. n letak kan kat section ban. HAHAHAHAHA..

Friday, January 8, 2010

Ads ? berguna sangat ke?


aku baru daftar satu ads, aku main daftar je sebab menda ni free. Dan kompom-kompom aku x yah kua duit. so aku nak cita sikit pasal ads ni. n aku x pernah pun berharap akan dapat duit dengan daftar ads ni..tapi nuffnang punya ads, makin menjadi-jadi. ahaks, thankz kepada anda semua yang tolong click.


Catcheye adalah sebuah syarikat pengiklanan terbaru di Malaysia,
apa yang menariknye anda dibayar untuk setiap iklan yang anda lihat disini,
ya,mudah saja,klik2 iklan tak samapai seminit dah dapat duit,
malah mereka membayar kita sehingga level 4 secara infiniti..
katakan anda menaja 10 orang di level 1,
kemudian mereka menaja 10 orang lagi sehinggalah 4 level,
tahu tak $NAME&? awak akan peroleh RM11 jika sehari mereka klik untuk 1 iklan,
kalau sehari mereka klik 10x anda peroleh RM11x10=RM110
jika sebulan anda akan peroleh RM110x30=RM3300..banyak tu ..

ayohlah sertai ..benda ni 100% percuma..tak perlu modal
cuma perkenalkan kepada 10 orang je..benda free xkan tak boleh ajak..
untuk maklumat awak,keahlian catcheye telah mencecah 12000 orang sekarang..
jangan berlengah lagi..Ini bukan penipuan..


Cara nak register.
1.klik http://www.catcheye.com.my (terus sign up)
2.klik join catcheye now
3.isi maklumat diri,IC dan alamat (penting sebab cek dihantar berdasarkan ini selepas cukup RM50)
4.Isi jawapan: soalan 1 jawapan A, soalan 2 jawapan B,soalan 3 jawapan A. (jika awak jawab salah
pendaftaran tidak diterima)
5.klik agree and proceed..Ok siap

kemudian apa perlu buat?
1.klik sign in
2.lepas sign in klik reward panel
3.Awak lihat akaun awak ade RM1 (bonus) dan link awak.
4.Copy link awak dan gantikan link saya ini dengan link awak.
5.postkan risalah saya ni ni buletin myspace & emailkan kepada kawan2.
6.Lihatlah tak sampai sebulan awak dah ade 10 orang di level 1.percayalah!sebab benda ni 100% percuma

just try ,,,hehehe,.,,,mane tau leh dapat money.....

Thursday, January 7, 2010

Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut

Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot-otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan.

New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.
Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.
Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin dimana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.
Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10
jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.
Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.
DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.

Mengapa pulmonari embolisme terjadi?
Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.
Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.
Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.

Simptom
Cepat penat
Mengah
Sakit dada

Denyutan nadi laju
Lemah di bahagian kaki
Kurang selera makan
Batuk
Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.

Cegahan

1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu

4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam

Rawatan
Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.
Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya).
kredit: ohtidak

Wednesday, January 6, 2010

Tubuh Wanita Yang Mengghairahkan Lelaki


Ntah kenapa aku rasa aku nak share info pasal ni, sebab tadi masa googling, aku terjumpa la satu artikel dalam satu laman web ni.., tapi bukan laman web lucah, haha. Dan aku pendek kan jadi kan dalam bentuk point supaya korang senang dan tak la bosan membaca mana-mana cerita yang kadang-kadang meleret, ini hanyalah untuk pengetahuan korang sahaja.

1. Betis dan Lutut
Wanita yang apabila berjalan bergesel betis dan lututnya amat disukai lelaki, walaupun
wanita ini tidak begitu menggoyang pinggulnya. Cara berjalan sebegini membayangkan
bahawa faraj wanita itu kecil dan sempit, dan sempitnya faraj wanita menjadi kesukaan
lelaki.

2. Pinggang
Lelaki lebih tertarik pada pinggang yang ramping kerana ianya mudah digoyang
sewaktu berjimak. Goyangan sewaktu jimak dilakukan oleh wanita, dayungan biasanya
dilakukan oleh lelaki. Goyangan ini memberikan kenikmatan yang lebih tinggi kepada
lelaki.

3. Pipi
Ciuman yang melazatkan penciumnya berada pada sasaran pipi yang licin, bersih dan
halus, oleh kerana itu ramai lelaki lebih menyukai wanita yang berpipi licin.

4. Dada dan Payudara
Terdapat pertalian antara bidangnya dada wanita dengan payudaranya. Jika dadanya
bidang, maka payudaranya tidak begitu nyata bentuknya. Sekiranya dada kecil,
payudara adalah lebih jelas bentuknya dan tampak membengkak dan naik. Keadaan
inilah yang menarik oerhatian lelaki.

5. Alis Mata
Sekiranya alis mata wanita halus tersusun rapi, ia dianggap sebagai kesukaan kaum
lelaki.

6. Dahi
Apabila dahi wanita luas, ia dianggap dahi yang sempurna oleh lelaki. Dahi wanita
adalah tempat di mana lelaki akan menemukan dahinya.

7. Bibir dan Lidah
Lelaki lebih menyukai bibir yang nipis dan lidah yang lonjong kerana ia dianggap
menikmati kucupan semasa istimta' mahupun jimak. Pada zaman ini, kucupan lidah
lebih disukai dan membangkitkan syahwat 3 kali ganda berbanding dengan ciuman ke
pipi, dua alis mata, antara 2 lubang hidung dan pada tengkuk wanita yang mampu
membangkitkan syahwat sebanyak 25 peratus.

8. Faraj
Pada lelaki, bentuk faraj wanita tidaklah menjadi persoalan besar. Tetapi ramai lelaki
lebih sukakan wanita yang mempunyai lubang faraj yang kecil kerana ia dianggap dapat
memegang dan menyepit zakar lelaki dengan lebih utuh tatkala jimak. Walaupun begitu,
seni kemutan dianggap lebih penting dari besar atau kecilnya lubang faraj, kerana ini
dianggap lebih memberi kesan kenikmatan kepada lelaki.

Diingat kan :
  1. Bwh umur jgn tgk ni ! hahahaha  
  2. Tp jgn lupe cari wanita yg beriman dan pandai jage ati org tua jgn tgk badan je

Tuesday, January 5, 2010

Trick Menukar Address Bar Icon (favicon)

Menukar icon address bar mungkin menjadi satu menda yang cantik bagi page korang, so aku rasa nk tunjuk kan cara or trick ni dibuat, simple la sesangat. kalau korang x ubah, icon tu akan jadi bentuk B, yang mana bawak maksud untuk blogspot. korang boleh ubah icon (favicon) dengan gambar korang sendiri, x kisah la gambar awek korang ke, scandal korang ke, or gmbar makcik yang korang snap kat tepi jalan. tapi apa yang penting kerjasama. x da lah. yang penting sekali script korang kena betul n gambar korang mesti la cukup saiz 32x32 pixel or 20x20 pixel.guna nya adalah untuk tidak memberat kan loading gambar tu nantik bila orang open korang punya page.
Format gambar tu x kisah korang guna format gif, jpg, bmp, ico,atau pun png. .so tanpa buang banyk masa, lepas tu korang simpan image korang dekat webhosting contoh nya photobucket.com , imagehack.us dan banyak lagi. Mari kita terus kan ke acara yang seterusnya.=)

1. Login to blogger, chose "Layouts --> Edit HTML
2. Put the code below before </head> code.

<link href='http://i816.photobucket.com/albums/zz81/kerabatchieko/soniclari.gif' rel='SHORTCUT ICON'/>

3. The bold text is an address for your icon, you can change it with your own or just copy the below listed address icon.
4. Save your editing.sette,
korang boleh gantikan http://i816.photobucket.com/albums/zz81/kerabatchieko/soniclari.gif dengan link image yang korang nak.

SPRINT TEST JENGKA PAHANG

Mengikut kamus dewan bahasa tempat aku..sprint test ni bermaksud Sprint fitness tests for measuring maximum running speed and acceleration. dalam kata orang kl bermaksud untuk mengukur kelajuan maksimum dan pecutan sesuatu. Tapi dalam bahasa rojak di panggil sukat. ~ simple !~

 Haizz..memang da lama aku tak update blog aku ni, n hari ni aku dapat sikit masa untuk kongsi sedikit sebanyak aktiviti aku time cuti sem aritu. Tak kira la aktiviti baik ke buruk ke tak senonoh ke, yang penting dipanggil aktiviti..haha
so, antara aktiviti aku time cuti sem baru ni, aku pegi usya satu sprint test event dekat Bandar Pusat Jengka, Pahang. Aku datang tu pun disebab kan kawan aku yang agak rapat join event tu, n faktor paling penting sekali sebab dekat, lebih kurang 1jam dah smpai ke litar tu. Haha, kalau jauh x da duit aku nak pergi. so x yah tulis banyak, sbb aku nak tidur. aku letak gambar kat bawah ni untuk tatapan korang semua.
~ KEPADA SAPA-SAPA YANG RASA NK TGOK GAMBAR YANG BERLAPIS, SILA CLICK PADA GAMBAR TERSEBUT UNTUK MEMBESAR KAN GAMBAR~ TERIMA KASIH DAUN GANJA, DUIT TARAK MCM MANA NAK BELANJA??


Ni motor kawan aku nama dia iwan, kesian hari 1st semangat test motor die..tapi pihak pengajur tak bagi die masuk sbb pendaftaran kategori 125 body potong da ditutup, so esok nye die datang lagi dengan semangat masuk kategori open body potong, tapi malang nye time sentak gear dua, gear box pecah, aku tengok muka die nk mengangis da. tapi apa boleh buat, mungkin ada hikmah.




Haa.ni lagi sorang kawan aku. n die dapat tempat ke-3 ketegori rxz open body potong, sape-sape nak kenal?nama dia SELI, bukan nama sebenar

dan gambar-gambar kat bawah ni gambar mat terap lain yang sempat aku candid, nak tgok lagi clear, click pada gambar tu.















okeh, sekian dulu dari aku. nantik kalau ada masa aku akan post lagi atau lebih senang,
aku akan cerita lagi apa yang da berlaku time aku stay kat umah time cuti sem,
ape-ape pun,lets get it on babeh, semoga diberkati Allah SWT
dan disengani semua pihak, Assalamualaikum!~

Monday, January 4, 2010

Pendidikan Seks??

Pendidikan seks di Amerika Syarikat gagal?

Kapitalisme Amerika Sedang Mereput Dari Dalam.!

BARU-BARU ini dilaporkan bahawa penyakit kelamin makin berleluasa di Amerika Syarikat (AS). Data yang ada menunjukkan bahawa jumlah kes chlamydia dan gonorea bertambah berbanding tahun sebelumnya. Begitu juga, gadis di usia 15 - 19 tahun mendapat jangkitan chlamydia tertinggi berbanding kumpulan usia yang lain.  Nampaknya, pendekatan mereka dalam pencegahan penyakit ini yang menekankan kepada seks yang selamat, gagal menyelamatkan masyarakatnya. Apa sudah jadi dengan pendidikan seks yang diamalkan di negara tersebut?

Apakah peningkatan penyakit kelamin ini merupakan bukti kegagalan pendidikan seks di negara itu? Seperti mana yang kita maklum, di AS, pendidikan seks diajarkan di sekolah-sekolah dan ia telah pun diajarkan untuk sekian lama. Sepatutnya, maklumat yang diperolehi oleh para pelajar daripada program itu dapat menjadikan mereka lebih 'bijak' dalam hal ini dan seterusnya mengurangkan risiko dijangkiti penyakit-penyakit kelamin. Ternyata, sebaliknya yang berlaku. Di mana silapnya?  The Heritage Foundation, dalam satu kajiannya, telah membandingkan dua buah kurikulum yang diajarkan kepada remaja di sekolah-sekolah di AS iaitu pertama, Comprehensive Sex Education Curricula (CSEC) yang merupakan satu program pendidikan seks dan kedua, Authentic Abstinence Education Programme (AAEP) yakni program yang mengajak pelajar untuk menghindari seks sebelum berkahwin.   Didapati bahawa matlamat utama CSEC ialah untuk mengurangkan risiko penyakit kelamin akibat aktiviti seks yang tidak selamat. Dalam kata-kata lain, tumpuannya ialah pada alat pencegah kehamilan dan galakan untuk menggunakannya. Pendekatan "jauhkan diri dari seks", walaupun disebut, ia dianggap kurang penting. Maka, tidak hairanlah mesej "menjauhkan diri dari seks" amat lemah dan ia mengandungi sedikit atau tiada langsung mesej agar melewatkan aktiviti seksual. Justeru, ada yang melihat kurikulum ini sarat dengan nilai-nilai dan mesej-mesej permisif.   Sebaliknya, AAEP menggalakkan pelajar menjauhi seks sebelum perkahwinan. Ia mengenengahkan pendekatan yang lebih menyeluruh kepada seksualiti manusia. Ia mengaitkan seks dengan kasih sayang, keintiman dan komitmen.   "Menghindari seks" disarankan sebagai satu gaya hidup terbaik untuk remaja. Pelajar diajar bahawa memilih untuk menghindari seks ketika remaja adalah satu keputusan penting dan ganjarannya akan dirasai pada masa kini dan akan datang.   Malah, menghindari seks dilihat bukan sahaja sebagai penyelesaian kepada masalah sosial di kalangan remaja tetapi juga sebagai satu jalan yang membawa kepada rasa hormat diri dan orang lain, hubungan yang lebih sihat serta kebahagiaan dalam rumah tangga. Maka, tidak hairanlah ramai yang berpendapat program ini kaya dengan nilai serta mesej yang membina.   Kajian ini juga memasukkan penemuan kajian Zogby International mengenai sikap ibu bapa terhadap pendidikan seks di sekolah.

Didapati bahawa majoriti ibu bapa mahu anak-anak mereka diajar bahawa:

(i) mereka tidak patut terlibat dalam aktiviti seksual sehingga mereka mendirikan rumah tangga (79 peratus);

(ii) yang terbaik ialah hubungan seks yang dikaitkan dengan cinta, keintiman dan komitmen - ciri-ciri yang hanya wujud dalam sebuah ikatan perkahwinan (91 peratus);

(iii) individu yang menghindari seks sehingga berkahwin mempunyai peluang terbaik untuk mendapat kestabilan dan kebahagiaan rumah tangga (68 peratus); dan,

(iv) remaja sepatutnya menghindari seks ketika di alam persekolahan (91 peratus).

Walaupun ramai yang menganggap bahawa masyarakat AS adalah masyarakat yang permisif, namun penemuan ini membuktikan bahawa sikap mereka terhadap pendidikan seks yang diamalkan di negara itu tidak banyak bezanya dengan sikap masyarakat Timur yang lain terhadap terhadap pendidikan seks.  Dari segi perbelanjaan kerajaan AS dalam hal ini, ternyata ia bercanggah dengan apa yang dimahukan oleh ibu bapa. Kajian mendapati bahawa 85 peratus ibu bapa percaya bahawa pengajaran tentang 'menghindari seks' perlu diutamakan berbanding pengajaran mengenai alat mencegah kehamilan (seperti yang terdapat dalam program pendidikan seks).   Malangnya, kerajaan AS membelanjakan AS$4.50 untuk mempromosikan alat mencegah kehamilan bagi setiap AS$1.00 yang dibelanjakan untuk mempromosikan "menghindari seks" di kalangan remaja. Tambah pula, matlamat program pendidikan seks itu, yakni untuk mengurangkan risiko penyakit kelamin, juga gagal dicapai jika kita merujuk data terkini jangkitan tersebut seperti yang dilaporkan baru-baru ini.   Apa yang berlaku di AS ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita. Apa yang baik mungkin boleh kita amalkan dalam masyarakat kita setelah menilai kesesuaiannya. Sebaliknya, apa yang ternyata tidak mendatangkan kebaikan itu, patut kita jadikan sempadan.  Dalam keadaan di mana usaha untuk memperkenalkan pendidikan seks di sekolah-sekolah di negara ini masih belum terlaksana, ada eloknya jika kurikulum "menghindari seks sebelum berkahwin" di AS ini dikaji secara mendalam dan membandingkannya dengan kurikulum pendidikan seks yang dicadangkan itu.  Dengan cara ini, kita boleh memperbaiki kurikulum tersebut dan menawarkan sesuatu yang lebih baik untuk masyarakat kita.

Sumber: Utusan Malaysia 18/12/09

Kapitalisme Amerika Sedang Mereput Dari Dalam

Kapitalisme yang menjadi ideologi bagi negara kuffar Amerika nampaknya semakin hari semakin menampakkan wajah hodohnya. Ia adalah ibarat sebatang tunggul kayu yang sedang mereput dari dalam kerana dimakan oleh anai-anai. Jika ketika ini Amerika sedang bergelut dengan krisis ekonomi akibat daripada muntahan sistem ekonomi kapitalisme yang mereka terapkan,  kini kapitalisme mengeluarkan lagi bau busuknya. Polisi pendidikan yang diguna pakai di Amerika melibatkan pendidikan seks sebagai salah satu mata pelajaran, telah mula menampakkan kegagalannya. Sebagai seorang Muslim sepatutnya kita menyedari bahawa inilah akibat dan kesannya apabila manusia itu berpaling dari sistem kehidupan yang diturunkan oleh Allah SWT. Jika ideologi komunisme sudah menyembah bumi dan kisah-kisahnya hanya tinggal kenangan yang tersimpan di muzium-muzium, kini ideologi kapitalisme pula sedang bertarung dan bergelut untuk menyelamatkan nyawanya.

Inilah hakikat dan faktanya. Yakinlah bahawa manapun ideologi yang bersumber dari aqal manusia semata-mata, maka ia pasti tidak akan memuaskan aqal manusia , tidak sesuai dengan fitrah manusia dan tidak akan memberikan ketenteraman kepada jiwa manusia selama-lamanya. Inilah apa yang sedang berlaku pada ideologi  kapitalisme. Yang pastinya kapitalisme kini sedang berada di hujung tanduk.  Malangnya para pemimpin sekular umat Islam masih lagi menjadi pengekor kepada ideologi yang rosak dan kuffur ini. Para pemimpin sekular ini menerima bulat-bulat sistem kehidupan kapitalisme yang rosak ini dan dengan tanpa rasa bersalah mereka menerapkan sistem kufur ini. Firman Allah SWT:

“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah”. [ TMQ Al- Maaidah (5) : 50].  
Sumber: Hizbut Tahrir Malaysia (HTM)
--
"...dan selepas itu akan kembali Khilafah yang mengikut minhaj kenabian..." [HR Ahmad]

x

© 1989-2010 . Powered by R.O.T.S.

kerabatchieko by CHIeKO IeM0cHI