Monday, February 8, 2010

Empat kepala babi, wang kertas diletak di dua masjid


KUALA LUMPUR: Empat kepala babi hutan yang dibungkus dalam empat beg plastik beras diletak di dua masjid di Petaling Jaya selepas solat Subuh awal pagi ini.


Dua bungkusan kepala babi hutan bersama satu baldi plastik berisi 30 keping wang RM1 diletak di pintu masuk belakang ke perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Haron, manakala dua bungkus lagi serta baldi berisi wang dengan jumlah sama diletak di hadapan pintu masuk perkarangan Masjid Al Imam Al Tirmizi, Taman Sri Sentosa.


Jarak kedua-dua masjid adalah kira-kira dua kilometer.





Timbalan Nazir Masjid Jumhuriyah, Rasbollah Zainal, berkata bungkusan itu ditemui oleh jemaah pada 6.30 pagi tadi selepas selepas solat Subuh.

"Mereka menyangka kedua-dua bungkusan itu mengandungi bayi yang mungkin dibuang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, tetapi apabila siak masjid yang dikenali sebagai Redzuan, 55, membuka kedua-dua bungkusan itu, ia didapati berisi kepala babi hutan," katanya kepada pemberita semasa lawatan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan ke masjid itu hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, dan Ketua Polis Daaerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed. - Bernama

Rasbollah berkata, orang yang meletakkan bungkusan itu mungkin mengetahui selok belok masjid itu kerana pintu masuk belakangnya terlindung dan tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV). "Di hadapan pintu masuk masjid ini ada kamera CCTV tetapi di bekalang tidak ada dan orang yang menghantar ini mungkin membuat kajian terlebih dahulu tentang masjid ini," katanya.

Musa pula berkata, tindakan menghantar kepala babi itu adalah perbuatan tidak bermoral yang bersifat provokasi

Beliau memberi amaran polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan perkara tidak bertanggungjawab itu.

"Jangan sekali-kali bermain dengan api dengan menggunakan isu sensitiviti agama sesuatu kaum. Kita minta supaya semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan biarkan polis menjalankan siasatan terperinci mengenai insiden ini," katanya.
Musa berkata, beliau telah mengarahkan anggotanya memantau masjid di sekitar kawasan itu supaya insiden serupa tidak berulang.

Katanya, keempat-empat kepala babi hutan dihantar ke Jabatan Forensik untuk siasatan lanjut. - Bernama
-(main buah nampak.....)

-(gambar diatas diambil dari website http://teknodaie.wordpress.com didalam entri paskepala-babi
-(post ini tidak melibat  kan politik. harap anda faham)

Komentar :

ada 0 comments ke “Empat kepala babi, wang kertas diletak di dua masjid”
x

© 1989-2010 . Powered by R.O.T.S.

kerabatchieko by CHIeKO IeM0cHI