Wednesday, July 28, 2010

Tips Untuk Mendownload Dan Mengelakkan Dari Berlaknya Jangkitan Virus

Tips Untuk Mendownload Dan Mengelakkan Dari Berlakunya Jangkitan Virus
Mendownload Warez adalah salah satu perkara yang paling mudah untuk dilakukan di internet, menjaga komputer anda dari sebarang jangkitan virus tidaklah begitu senang.

a).Mendownload Perisian/Program

[Image: 256.png]

Aplikasi (. Exe's) (executable) adalah kaedah yang paling umum bagi menyebarkan virus, ianya adalah yang paling mudah untuk dibuat, yang paling mudah untuk disebarkan dan sebahagian besar juga merupakan kaedah yang paling cepat untuk menyebarkan virus.
Pastikan anda mengimbas kesemua .exe file yang anda download bukan hanya dengan anti virus anda, tetapi dengan menggunakan online scanner seperti VirusTotal bagi memastikan perisian yang anda download itu bebas dari jangkitan virus.


Mendownload aplikasi ini sangat berisiko. Jangan sesekali bergantung hanya pada anti virus anda sendiri, ini kerana tidaklah sukar untuk membuat virus yang tidak dapat dikesan oleh anti virus. Anda sering diingatkan supaya mengimbas setiap satu . exe file yang anda download dengan online scanner. Di bawah ini terdapat beberapa online scanner dibawah. Jika anda tidak yakin tentang perisian tersebut, imbas sahaja. Jika online scanner mengesan virus bahkan 1 file yang mencurigakan, buangkan sahaja program tersebut.

Sila menggunakan website di bawah ini untuk mengimbas virus, spyware dan hal-hal yang berkaitan dengannya.

Quote:NoVirusThanks
VirusTotal
Jotti's malware scan
VirSCAN.org
Trend Micro Malware
BitDefender Online Virus Scan
Active Scan Panda Security 2.0
Kaspersky Online Scanner
SINGLE FILE Kaspersky Virus Scanner
Symantec Security Check / Scanner
McAfee Online Virus Scanner
F-Secure Online Scanner
ESET / NOD 32 Online Virus Scanner

b).Mendownload Video/Movie

[Image: At_the_movies.jpg]

Secara umumnya mendownload movie ini merupakan perkara yang paling selamat untuk dilakukan kerana jarang bagi seseorang itu untuk mengikat (Bind) virus pada sebuah movie. Namun, ini tidak bererti bahawa hal yang sedemikian tidak akan berlaku. Sila ikuti langkah2 dibawah bagi memastikan anda terselamat semasa mendownload movie.

1. Setelah mendownload movie, sentiasa pastikan extensionnya bukan .exe. Sebuah .exe bukan merupakan format video dan kemungkinan besar perisian tersebut berbahaya. Jika anda menemukan format fail yang mencurigakan setelah anda mendownload video, semak website di bawah ini dan jika fail extension tidak terdapat dalam senarai maka JANGAN BUKAK FILE TERSEBUT.
Quote:http://www.file-extensions.org/filetype/...edia-files
2. Jika anda mendownload video dan tidak boleh menjalankannya kerana "codec error" atau "codec missing" maka tidak ada yang perlu dirisaukan. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencari codec yang sesuai dan menginstallnya. Anda boleh mencari codec apa untuk memasang dengan menyemak mesej kesalahan, atau mencari extension file pada google.

c).Mendownload Games

[Image: games.jpg]

Games juga merupakan kaedah umum penyebaran virus kerana ketidakselesaan untuk mengupload file games yang besar dan memakan masa. Namun, jangan berfikir anda benar-benar terselamat hanya kerana itu tidak selesa untuk hacker, mereka akan memasukkan virus kedalam file games tersebut jika mereka percaya ianya berbaloi. Sila ikuti langkah2 dibawah bagi memastikan anda terselamat semasa mendownload games.

1. Anda harus sentiasa mengekstrak dan mengimbas kandungan file games sebelum menjalankan. Jika anti virus anda mengatakan file tersebut bersih itu tidak bererti bahawa file itu selamat. Sebagai langkah berjaga-jaga, semak properties pada setup.exe atau file . exe untuk mengenal pasti bahawa pembuat games tersebut adalah yang sebenarnya.

2. Pastikan saiz fail adalah seperti saiz games yang sebenar. Mempertimbangkan aspek permainan dan berfikir kepada diri sendiri adakah saiz fail ini tepat seperti saiz game yang seringkali anda lihat. Jika tidak, dan anda fikir fail itu terlalu kecil (dengan jumlah besar) haruslah anda memadamnya. Kemungkinan besar perisian berbahaya tersebut diubah namanya nampak menjadi seperti games.

d).Mendownload Muzik

[Image: The_Music.jpg]

Muzik adalah cara yang mudah untuk menyebarkan virus kerana memberikan hacker sasaran yang baik untuk menyebarkan perisian mereka di internet sangat cepat.
Sila ikuti langkah2 dibawah bagi memastikan anda terselamat semasa mendownload musik.

1. Setelah mendownload muzik sentiasa menyemak extension file bukan . exe atau . bat. Jika anda mendownload file dengan extension yang mencurigakan, semak website di bawah ini dan jika fail extension tidak terdapat dalam senarai maka JANGAN BUKAK FILE TERSEBUT.
Quote:http://www.file-extensions.org/filetype/...usic-files
2. Jangan sesekali download muzik daripada P2P clients seperti Limewire atau Azureus, atau apa sahaja yang berkaitan dengan P2P clients. 99% daripada jumlah file daripada rangkaian tersebut mengandungi virus.

e).Perisian Anti Virus

[Image: 256x256.png]

Berikut ini adalah senarai beberapa software perlindungan virus yang baik:
* Kaspersky Anti Virus / Internet Security / Firewall
* ESET Smart Security / NOD 32 Anti Virus
* Avast! Anti Virus / Anti Spyware
* Bit Defender Anti Virus / Free Removal Tools / Internet Security
* Trend Micro Anti Virus / Internet Security
* Norton Anti Virus / All In One Virus Protection
* McAfee Komputer Protection / Anti Spyware / Anti Virus
* Panda Security / Anti Virus / Firewall

f).Perisian Anti Spyware/malware

[Image: spybot.png]

Berikut adalah beberapa program yang digunakan untuk menemukan spyware yang dicadangkan:
* Spyware Doctor
* Ad Aware Anti Spyware
* MalwareBytes
* SpyBot
* Spyware Terminator

g). Sedikit tip untuk mengelakkan jangkitan.


[Image: 1.png]

1. Jika anda ingin mendownload sesebuah perisian, apa yang terbaik ialah anda mendownload perisian tersebut pada laman web nya sendiri.

2. Selalu scan pada cracks dan patch untuk memastikan ianya bersih dari segala virus dan trojan. Kebiasaannya virus dan Trojan ini datang dari cracks dan patch. Secara peribadi saya boleh mengatakan bahawa saya sering menggunakan serials untuk membuka sebahagian besar perisian, jadi saya tahu komputer saya tidak berisiko terkena jangkitan.

3. Jangan selalu menganggap fail yang anda download itu bersih dari virus kerana anti virus anda tidak mendetectnya. Selalu scan kan fail yang anda download dengan VirusTotal.

4. Jika anda menjumpai program yang kotor (Dijangkiti Virus Dan Trojan). Sila laporkan pada forum2 dimana anda download program tersebut atau anda boleh laporkan pada anti virus yang anda gunakan sekarang.

5. Jika anda mengunjungi halaman web yang meminta anda untuk memasang sebarang persian atau melakukan apa sahaja kepada komputer anda sebelum anda mendownload, abaikan sahaja laman web dan cari link yang lain. Sebahagian besar laman-laman web tersebut kemungkinan akan memasang malware dan Trojan pada komputer anda.

credit to aiman31

Komentar :

ada 0 comments ke “Tips Untuk Mendownload Dan Mengelakkan Dari Berlaknya Jangkitan Virus”
x

© 1989-2010 . Powered by R.O.T.S.

kerabatchieko by CHIeKO IeM0cHI